Panggilan Pulau Perhentian: Day II

Jom sambung balik!!

Hari kedua start dengan breakfast..heee.. Makanan simple je, nasi lemak, bihun, mee dan air teh o panas. Pagi pagi dah turun cafe takut makanan habis. Lepastu kiteorg pegi merayau area jetty. Aktiviti pon start lambat. Snappy snappy jap then balik bilik.

Aktiviti hari kedua ialah snorkeling area Perhentian. Kalo tak salah ada 5 check point. Mula mula kena berkumpul kat jeti dulu, nak divide kan group. Kiteorg pon kira group yang last sebab pilih google yang elok sikit. Biasala kan benda orang dah banyak kali pakai. Cepat la rosaknya.  Korang kena make sure pakai google tu ketat ketat tau supaya air tak masuk. Alat snorkel pon pilih yang ok sikit. Lagi satuu... jangan lupa pakai life jacket.       
           
First check point, macam ada pantai sikit. Lupa dah nama tempat..heee sorry short term memory. Kat situ pon still belajar cara guna google and snorkel tu. Bukan main payah nak apungkan badan..haha. Dah la tak reti berenang, adoii. So, at least, tau la cara nak gerakkan badan tu sikit.
Lebih kurang satu jam jugak la kat situ. Sambil tengok ikan ikan berenang. Kali ni kiteorg bawak roti. 

Cantik kan





Then lepas tu, boatman bawak kiteorg ke Turtle Point. Jom tengok penyu! Best gile dapat tengok penyu live. Masing masing excited. Ada yang pegi kejar penyu tu. Aku? Tak larat, balik bot je la..haha.

Penyu @ Pulau Perhentian

Say hi!!




After that, speaking jap. Kiteorg pegi ke laut dalam. Memang tak akan cecah pasir la. Memang dalam kot. Kat sini snorkeling tengok ikan je. Terumbu karang pon jenis yang besar. Kiteorg gunakan roti untuk panggil ikan datang dekat. Lepastu rasa la ikan ikan tu berkerumun.





Ni dah checkpoint ke empat. Shark Point!! Takut tak?? Takut weh. Boatman kiteorg tu bagus, die pegi cari shark tu. Kalo boatman lain takdenya. Lantak korang la. Geng aku yang lain dah turun, tapi aku malas nak turun, takut pon ada. So lepak lepak atas bot. Mula mula tu pening gak, pastu ok la. Bak kata geng, dieorg nampak shark.. Besarrr.. tapi gambar takde la. Shark tu pemalu..hee.



Ok last checkpoint, Lata Air Berani. Kat sini just basahkan badan dengan mata air. Posing posing pon bole. Click! Click! Mata air tu sejuk.. best.Abis je settlekan semua checkpoint, masa untuk balik. Dalam pukul satu jugak la nak round semua tempat. Atas bot, masing masing muka kepenatan. Tapi satu experience baru la untuk kiteorg. Best!! Sambil menghayati pemandangan. Then sampai hostel terus la berehat. Sebab petang ada activity lagi.

Kalau ikutkan itinerary, sepatutnya petang tu ada snorkeling session kat Pulau Rawa. Tak tahu kenapa, dieorg tukar aktiviti tu ke esok nya. So, jom kita hiking ke Kincir Angin! Kena naik bot untuk ke Long Beach dulu, then baru boleh start hiking. Kiteorg pakai selipar je, tengok la kesesuaian nak pakai kasut ke apa. Ada la guide yang akan bawak kita untuk hiking tu. Kira ramai jugak la dalam group yang nak hiking tu. Ambik masa dalam setengah jam la nak sampai atas tu. Semput di buatnya. Ikut stamina masing masing la. So, jangan lupa bawak air tau. Jom tengok gambar. Lai lai lai..


Cantik gilaaaa


Nampak kan different kaler air laut tu




Akhirnya sampai ke Kincir Angin yang famous ni.haha. Sambil amik gambar, rehat rehat sebab nanti nak turun pulak. Seriously penat sangat. lenguh kaki. Tapi bukan selalu kan nak pegi sini. Dah alang alang sampai. Yakin boleh!

Adoi, hari kedua belom habis lagi ni. Time turun bukit kena hati hati sikit. Itupon still ramai orang nak naik. Dah nak dekat pukul 5 petang dah. Ok, naik bot dan balik ke Kampung Nelayan semula. Makan malam dalam pukul 8, and special sikit ada bbq. Ada sotong, ikan, ayam bakar dan tak lupa nasi goreng. Dah siap bakar pon, tinggal nak ngap je.

Aktiviti seterusnyaaaaa.. kalo ikutkan itinerary, kiteorg akan dibawa ke Long Beach. Tempat yang paling happening sekali lah. Tapikan, just kiteorg satu group je yang nak pegi. So, tak tahu lah orang lain tak nak pegi ke apa ke. Siap la deal ngan orang kampung a.k.a agent pakej tu. Boleh je nak pegi tapi kalau nak balik awal bagitahu. Dieorg boleh amikkan. Satu pengalaman yang tak boleh dilupakan oleh kiteorg satu geng, sebab malam malam naik bot. Meredah laut luas tu haa.. Bukan boleh nampak apa pon. At least siang nampak la bukit ke apa. Sampai je jeti, kena la jalan kaki ke tempat pertunjukan. Ada pertunjukan main api. Takde la special sangat pon, biasa biasa je.. then kiteorg decide balik ke hostel. Time nak balik ni la, bot yang kiteorg naik tu kecik je. Dah la tak pakai life jacket. Pastu pulak boatman tu just pakai lampu je nak tengok laluan. Ha, tak ke mengigil atas bot tu. Tapi syukur la semuanya ok. Alhamdulillah sampai ke Kg Nelayan. So balik bilik dan berehat. Dan tinggal satu hari je lagi kat Pulau Perhentian.


To be continued..



Comments

Popular posts from this blog

Over The Sea - Singapore

Kuala Rompin_Misi mencari udang galah

Roadtrip Ke Utara 1