Langkawi Trip With Family - Day 4 & 5

Okay, dah masuk suku tahun 2019. Entry Langkawi tak habis lagi. Mati la I..haha
If terkurang cerita tu  paham paham la eh. Campur lupa sikit dan malas..haha..
Tapi takde orang kot baca blog ni..sebagai tempat simpan memory..

Kita rangkumkan day 4 dan 5 sekali. Senang. Day 4 ni takde p pulau dah. Hari yang santai santai je. First, kiteorg ke Kolam Air Panas area Ayer Hangat Village. Pagi pagi takde orang kat sini.hehe. Meh kita round satu kali eh ke 2 kali. Mak aku suka p sini. Dia kata legakan urat kaki yang banyak berjalan hari hari sebelom tu. Kat sini banyak jenis telaga. So korang boleh try semua nya. Aku rasa pegi waktu pagi ok sikit, kalo tak dah terik panas takkan nak berendam air panas lg? btul tak?

Entry fee RM5 seorang. Jom usha gambar.













Then masa trip ni, awal April kabel car tutup sebab under maintenance. Adoi, tak dapat la nak naik. Tu yang plan nak pegi lagi Langkawi..haha. So just berjalan tengok kawasan Oriental Village. Chill chill je la. Cari fridge magnet untuk ofismate. Pastu cari tempat makan tengahari area Bohor Tempoyak. Oh sebenarnya malam sebelom tu ada pegi beli coklat kat Haji Ismail Group. Lupa nak tulis. Siap beli extra luggage. tak muat barang oiii. Makan malam kita beli kat pasar malam jugak area mana tak ingat..haha. Banyak pasar malam kat Langkawi ni. Setiap hari ada. So rajin rajin explore la ye. 

ni dekat Oriental Village

Dan lepas makan, aktiviti mengemas beg dimulakan. Penuh beg. Dengan minyak gamat lagi, coklat.. Nasib baik tak beli periuk belanga..haha. Mana nak letak semua tuu..

Last day kat Langkawi. Jom balik! Siap siap pagi tu. Pulangkan kunci bilik. Jom menuju ke Airport.

Bye Langkawi, semoga bertemu lagi... Thank you for sweet and sour memory.
Ketika sedang menaip entry ni, tiket ke Langkawi 2020 telah dibeli.. haha..





See you soonnnnn


The end-






Comments

Popular posts from this blog

Over The Sea - Singapore

Kuala Rompin_Misi mencari udang galah

Roadtrip Ke Utara 1