Langkawi Trip With Family - Day 2

Ok jom sambung hari kedua..

Masa amik kereta sewa haritu, aku da deal dengan agent tu amik trip Island Hopping dan Mangrove Tour. So hari kedua ni, aku dan family pergi Island Hopping.Island Hopping ni kita ronda ronda pulau kat Langkawi ni. So round Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah.


                                       




Dlm pukul 8.00 pg, carik sarapan dulu. Kat depan hotel tu ada je food truck jual sarapan. Senang je. Pastu dalam pukul 9.30, ada orang pick up nak ke jeti. Kiteorg tunggu kat lobi hotel je.
Masa sampai kat jeti, orang pon da ramai. Biasa agent akan bagi sticker ikut group. Then biasa la akan ada photographer yang ambik gambar. Nanti balik dari trip confirm beli punya pinggan tu..hahaha. Lama wei tak naik bot.

First pergi Pulau Dayang Bunting. Amaran : kat sini banyak gila monyet, sila jangan pegang makanan ataupon botol minuman. Kang nanti kena ambik dengan monyet tu. Sebab memang terjadi depan mata. So hati hati. Sebelum sampai pulau ni, boatman akan tunjuk pulau yang menyerupai perempuan yang mengandung.Bila da sampai Pulau tu memang kiteorg jalan slow slow je. Jauh jugak perjalanan nak ke Tasik Dayang Bunting tu. Penat jugak laa. Kat sini dah ada gerai gerai dah. Jual air la, makanan la. Masa aku first time sampai dulu, mana ada semua ni. Semua da upgrade.Seingat aku macam ada kena bayar RM5 kot untuk dapatkan gelang kertas. Maybe duit tu untuk maintenance pulau kot. 

Bila da sampai tasiknya, memang duduk merendam kaki. Ada yang mandi dan buat aktiviti air macam paddle boat, kayak banyak lagi la. Banyak kisah lagenda daerah Langkawi ni. Tasik Dayang Bunting ni air tawar tapi dikelilingi oleh air laut. 

Pulau Dayang Bunting



Lepak lepak dulu

Gambar satu round

Then, kiteorg dibawa ke Pulau Singa untuk sesi feeding eagle. Aku rasa kali ni punya helang tak banyak mcam dulu..haha.. Tak tahu la kenapa. 


Dalam 20 minit kat situ, kiteorg bergerak ke Pulau Beras Basah untuk mandi manda dan lepak santai.
Satu jam jugak la kat sini. Aku lepak sambil makan roti. Terik sangat time ni. Dalam pukul 12.30 rasanya. Cukup je masa, time untuk balik ke daratan. Penat wei. Tapi bukan selalu pon kan. Enjoy je trip tu.

Sampai je kat jeti, singgah beli pinggan yang ada gambar tu. Pastu driver hantar balik ke hotel masing masing.Sempat la usha hotel mahal kat situ, Meritus Pelangi kot sebab ada mat saleh duk situ. Best giler hotel tu ok? 









Balik hotel je pegi carik makan tengahari. Nasib baik hotel tu sebelah je dengan Chenang Mall. Tapi mall tu takde la besar mana. Banyak kedai yang jual tshirt i love langkawi, souvenir dan macam macam la. Balik lunch, berehat sekejap hilangkan penat.

Dalam pukul 4ptg, kiteorg plan nak ke Kota Mahsuri. Nasib jumpa..hehe. Rasanya tempat tu tutup awal. Pukul 5.00 kot dah tutup. Bayaran tiket masuk RM12 sorang. Kira tengok laju laju la kat dalam tu..hehe..
Biasa la ada rumah rumah lama, Rumah Mahsuri, Rumah Penghulu, Telaga Mahsuri, binatang peliharaan pon ada. Kiteorg just tengok tengok je. Masa pon tak banyak.



Rumah Mahsuri


Throwback: Sixpackkuat amik gambar kat tingkap ni dulu..haha


Rumah Penghulu

Ok habis je round Kota Mahsuri, kiteorg ke Dataran Lang nak tengok sunset.. Konon nya lahh..
Jom pegi Pekan Kuah balik sebab dataran tu terletaknya dekat Jeti. Parking sejam RM0.50.
Jom usha gambar.


Sunset kah?

Ramai jugak orang yang datang Langkawi walaupon bukan cuti sekolah. Kalo cuti sekolah confirm lagi padat. At least boleh bernafas dengan tenang..hahaha. Makan malam ni aku tak ingat makan kat mana.hahahah.. short term memory.. adoii.. Tapi petang tu lepak kat Pantai Chenang jap. Konon tunggu matahari terbenam...

Day 2 tamat dengan jayanya. Penat tapi enjoy. Kaki pon da sakit. Esok sambung pegi Kilim pulak.



To be continued..




Comments

Popular posts from this blog

Over The Sea - Singapore

Kuala Rompin_Misi mencari udang galah

Roadtrip Ke Utara 1