Panggilan Pulau Perhentian: Day I (continued)

Meh datang rapat rapat.. nak sambung cerita ni..

Boat yang kiteorg naik lebih kurang macam speedboat la. Then, driver boat hantar la org org yg berkenaan ke tempat tujuan masing masing. Kena tunggu turn la nak sampai Kg Nelayan. Tapi takde la lama sangat. Lebih kurang dalam kol 3 sampai la kiteorg ke Kg Nelayan, Pulau Perhentian Kecil. Syukur alhamdulillah. Pastu, jom gerak ke Mj punya hostel. Kiteorg amik 2 bilik.. then amik kunci and rest dulu sebab petang tu ada aktiviti. Oh lupa nk bgtau, makan dulu la sebelum check in bilik. Mmg pakej tu dah termasuk makan. So takyah la nak kuarkan duit.

Dalam pukul 4.30 ptg, aktiviti first hari pertama sampai sini. Belajar snorkeling kat Marine Park. Belajar sendiri sendiri je, takde org ajar pon. Perjalanan ke sana dalam 5 minit je.. tak jauh pon. Peralatan snorkel kena sewa. Kalau tak salah RM10. Lebih kurang dalam sejam kot kat sana. First time snorkeling, excited tengok ikan.hehe. Pastu asyik telan air laut je..adoii. Snorkeling ni memang memenatkan badan tapi syok. Ikan lalu lalang je, cuma kiteorg tak bawak roti nak bagi kat ikan.

Then dalam pukul 6, balik ke Kg Nelayan. Nasib la takde apa apa aktiviti malam tu, just makan malam and berehat. Lepas makan, kiteorg jalan jalan area kampung. And satu yang kiteorg perhatikan, parking bot kat laut..hee.semua tahu kedudukan bot masing masing. Dekat pulau just ada motor takpon basikal. So, at least tahu la kenapa barang mahal kan, bukan senang nak bawak naik bot.



Marine Park jetty

Ikan belang belang


Ikan belang lagi



Halfpackkuat


Tamat first day dekat Pulau Perhentian... berehat-rehat and berguling guling..haha


To be continued...

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Over The Sea - Singapore

Kuala Rompin_Misi mencari udang galah

Roadtrip Ke Utara 1