Langkawi Trip With Family - Day 3

Yey.. masuk hari ketiga kat Langkawi. Siap bertangguh cite ni dari last year.
2018 thun bz I.haha
5 hari kat sana kena ada 5 entry ke..haha.. 

Pagi ni, kiteorg akan ke Kg Kilim. Join Mangrove Tour. Biasa la pagi breakfast dulu. Hotel Langgura ni tak provide breakfast tau. Dalam pukul 9pg dah tunggu kat lobi. Kaki da sakit sakit dah.. Adoi..
Dalam 9.10 pg, driver tak pickup lagi. So telefon la, kata kejap lagi sampainya. Tunggu tunggu tak nampak batang hidung pon.. Pastu lama jugak la menunggu last last teksi yang datang jemput. Kalo ikutkan akan naik van. Dah buat spoil mood. Dah la nak ke Kg Kilim tu jauh jugak. Ada la dalam 40 minit.
Then sampai sampai jeti, rupanya orang lain dah bergerak dulu ke Gua Kelawar. Ciss.. Ada la boatman yang hantar ke gua tu. Pastu join la semua orang.

Trip ni diprovide dengan tour guide. Ada la yang bercerita itu ini. Lepas tour kat gua tu, kiteorg ke? haha.. dah lupaaaaa.. sorry. tapi rasanya ke eagle feeding then ke sangkar ikan tengah laut tu.. Biasa la ada show dengan ikan besar, ikan pari la apa la. Time eagle feeding tu, helang tak banyak yang datang. Tak meriah la macam dulu dulu..hehe..

Pastu ada satu part ni, mat saleh nak tengok monyet dan nak bagi makan.. okay fineee.. I tak minat, sebab selalu nengok free kat kampung..haha. Dieorg la jakun sikit. Nasib tak kena terkam dek monyet tu. Besar kot grup monyet tu. Lama jugak la kat situ. 

Lepas tengok monyet, marilah kita pegi makan tengahari. Pakej yang aku amik ni sekali lunch. Lunch atas restoran terapung tengah laut kat area Tanjung Rhu. Biasa biasa je lunch yang diprovide. Nasi goreng, ayam goreng apa tah. Kalo nak order ikan ke lobster ke, sila la sediakan duit secukupnya dan kena order awal. Sebab lama jugak nak menunggu order sampai.

Makan dah lepastu kita ke signage famous Kilim GeoPark tu. Oh lupa, rasanya ada lepak kat Gua Cherita sebelom tu. Ada yang mandi manda jap. Aku n family lepak lepak je. Tak pegi sini pon takpe. 

4 ke 5 jam jugak la Mangrove tour ni. Penat la sikit sebab semalam dah Island Hopping. So bagi aku kalo join takyah la amik yg lama sgt. Amik tour dalam 2 ke 3 jam dah cukup. Bole skip mana mana  yang tak penting. Ok i tepek gambar kat bawah.


Abah try bagi makan ikan pari



Dulu time ngan Sixpackkuat, bole lalu.. ni sebab air laut pasang



ni area Gua Cherita 




Balik dari tour dh penat. Pastu balik tu naik van yang sepatutnya amik kiteorg pagi td. Adalah sorang ni. gaya macam boss la kot. Kata yang kiteorg lambat pg tu, padahal sebenarnra tak amik langsung pon. Emo kita. Berlagak pulak tuu..Aku cakap " kiteorg yang kena tinggal pg td". Tak tahu la apa respon dia. Malas nak pikir. Pastu sampai hotel, kiteorg lepak pantai. Abah siap p mandi laut lagi..hehe. rasanya makan malam tu, kiteorg p beli dekat pasar malam.. Then berehat. Okay abis day 3. 


To be continued...

Comments

Popular posts from this blog

Over The Sea - Singapore

Kuala Rompin_Misi mencari udang galah

Roadtrip Ke Utara 1