Langkawi Trip with Family - Day 1

Yuhuuuu...
Apa khabar semua?
Sihat tak?
Sampai bersarang semut aku punya laptop. Lama nau tak bukak.

Intro semata..hee.. awal April 2018 haritu, aku bawak family aku ke Langkawi selama 5 hari 4 malam... lama kan bercuti? Trip ni santai santai je..
Kiteorg ke sana naik flight. Biasa la dah nama pon trip santai, kena la naik flight.
Flight kiteorg pukul 12 tghari. Pagi pagi da check in kat Klia2 tu haa. I nervous first time bawak family. Plannya nak ke sana berempat, tapi adik tu busy pulak.





Tak nampak full




Bagasi semua ok. Aku bawak naik kabin je. Malas nak check in luggage. Then bawak bag pack je. Mak aku first time naik flight, then duduk tepi tingkap, then kecut perut. Nasib baik abah duduk kat sebelah.
Aku da book hotel dalam bulan 1 dah. Dapatla chalet kat Langgura Baron. Dulu masa pegi dengan SixPackKuat pon stay dekat situ. Rinduuuu SixPackKuat...

So untuk trip ni, aku da book island hopping (RM35/pax) dan mangrove tour (RM90/pax). Sewa kereta pon dapat murah kalo korang pegi bukan time cuti sekolah. Aku dapat harga RM280 untuk 4 hari la kiranya.Mangrove tour tu aku join group lain la. Siap ada tour guide. Takpe nanti aku cerita pasal trip tu..hehe.. Banyak nau kisah.

Lepas check in imigresen kat domestik flight, memang duduk lepak kat situ. Nasib la ada wifi free. Syok! Tapi penat la sikit sebab nak tunggu gate bukak. Memang dah lama niat nak bawak family pegi Langkawi so tahun ni tercapai. Alhamdullilah..

First punya aktiviti pon da lupa.. Sape suruh lama tak update..haha.. sorry kalau cerita tak tersusun. Sampai airport Langkawi dalam pukul 1 petang. Then, tunggu kereta sewa jap. Sebab dieorg pickup kat airport sementara tunggu kereta myvi siap repair. So, agent tu bagi kereta viva dulu untuk kiteorg guna. Nak carik makan dulu. Biasa la kalo bawak parents, kena jaga makan minum. Takut nanti pening ke..
Kiteorg carik makan kat HIG Bazar. Ada food court kat situ. Memang dekat dengan kompleks HIG dan hotel dia. Dekat dah la nak beli coklat.. Tak sabar nak shopping. Yeyyy..

Makanan kat situ boleh tahan la harga dia. Dalam RM30 untuk 3 orang, padahal makan nasi campur je. Takpe asal masakan sedap.  Aku jenis tak kisah, beli makanan kat pasar malam pon okay.. Aku ada kisah dengan pasar malam, nanti aku cite.

Lepas makan, singgah jap beli coklat buat kudapan. Shopping sikit pastu nak check in hotel. Kawasan hotel pon dah berubah. Lain nau rupa nya. So check in hotel dan berehat jap. Hotel ni ada pool. Recommended hotel ni. Area Pantai Chenang je.. Nak ke pantai jalan kaki je. Kawasannya agak sibuk jugak la. Banyak construction sana sini.. Hotel Langgura Baron ni sediakan parking untuk guest.

Chalet Langgura Baron


Dalam pukul 5 camtu, kiteorg gerak nak cari makan malam. Sambil sambil round Pekan Kuah. Last last makan kat HIG Bazar tu jugak..haha.. Rasanya macam ada berjalan ke Pantai Chenang.. nampak tak semua da lupa..heee. Balik chalet dan berehat..

2 April - 6 April 2018


To be continued..

Comments

Popular posts from this blog

Over The Sea - Singapore

Kuala Rompin_Misi mencari udang galah

Roadtrip Ke Utara 1