#VitaminSea2017 : Pulau Redang - Day 3

Hmmmm... hari last dah! Nak cerita apa ye?? Sebab hari last ni takde buat aktiviti dah pon. Tinggal nak balik KL je..
Biasa la pagi pagi pegi breakfast dulu kat main hall dia.. Lepas tu, merayau nak carik souvenirs nak bawak balik. Aku nak carik fridge magnet. Sambil tu posing la kat mana yang patut..hehe...

Fridge magnet dapat dah. Gambar pon dah banyak, so balik bilik nak berkemas. Pulau Redang ni sebenarnya family friendly. Sebab tempat dia aman damai jee... Cuma perjalanan tu yang agak lama nak sampai.. Kalo nak dicompare dengan Pulau Perhentian, sini memang ramai yang bawak family.

Dalam pukul 10.30 pg, kiteorg dah check out bilik. Feri balik ke Jeti Syahbandar pukul 11pg. Korang memang akan dapat tiket pegi dan balik masa beli dekat kaunter.

Nak dekat pukul 11pg, bot pengangkut sampai nak ambik orang. Masa nak balik ni takde la rasa lama sangat. Ke sebab dah nak balik dah..

Hee lupa pulak nak cerita, lepas turun dari feri kiteorg ke Pasar Payang. Nak buat apa?? Carik durian..haha aci tak?? Banyak pulak durian time kiteorg datang tu. Plannya nak lunch kat situ, cari la kedai makan sambil contact driver yang akan hantar kiteorg ke airport petang tu. Siap makan, tunggu orang tu kat jeti balik.. 

Dan ada satu cerita ni, sebenarnya van kiteorg tu dah kira jauh dah pastu ada pulak orang lain yang sepatutnya naik van tuuu... Dah nak kena u turn balik.. Ish ish..

Jom la kita balik...huhu..
Bye, jumpa lagi di lain hari...

Touch down dekat Klia2 dan back to reality...






#7May2017-9May2017

Comments

Popular posts from this blog

Over The Sea - Singapore

Kuala Rompin_Misi mencari udang galah

Roadtrip Ke Utara 1