#VitaminSea2017 : Pulau Redang - Day 1

Angin bayu membawa diriku
Sepintas lalu ku terkenangkanmu
Memori silam meresap malam
Kenangan bersama tersimpan selamanya
*sambung nyanyi dulu

Yey, alhamdullilah selesai trip ke Pulau Redang, Terengganu. Pakat pergi sana dengan ahli HalfPackKuat. Teringat lagi laut dia weiii... Cantik.. Berlayer layer kaler air laut tu.




Okay, kiteorang pegi dengan pakej..hahaha.. Senang kan keje la. Tapi ada je dugaannya.. Kiteorg ambik pakej dengan agent.  Penginapan dekat Redang Lagoon, memang berhadapan dengan laut. Dapat harga RM300++ tengok korang punya ahli la. Sebab kiteorg divide bilik twin and triple.
Kiteorg decide pegi Terengganu naik flight. Senang dan cepat. Korang boleh drive kereta jugak, bas pon ada.. tapi perjalanannya lama la.

First day, kiteorg naik flight ke Terengganu pukul 7 pg dan perjalanan selama sejam. Kiteorg pilih naik Mas so kena check in dekat Klia la. Balik dari Terengganu naik Airasia.hehehe.. Nak jimat punya pasal. Sebab dah check harga tiket buat mcmtu lg dpt murah. So plan beli tiket flight dulu if nak naik flight. Okay?

Then, kiteorg just bawak backpack je. So xde la nak check in luggage. Pukul 5.30 pg dah bergerak ke Klia. Nasib la dari Bangi xde la jauh mana. Then, tanya kaunter nak depart gate mana. Jangan lupa bawak ic tau, kang tinggal..

So excited jugak la nak pegi Redang ni. Nak pergi bercuti kan.. Sape yang tak seronok.. Oh jangan lupa bawak dry bag senang nanti nak bawak barang masa pegi snorkeling. Kiteorg first time naik Mas. So Mas akan bagi korang drink and kacang! Nasib dapat seat sebaris..yey.. Cuaca pon cerah.Tak lama pon dalam flight, sampai dahhh.. cuma time mendarat tu, gegaran kuat sangat.. 

Sampai je airport Sultan Mahmud, kena carik orang yang akan pickup nak ke Jeti Syahbandar. Nak naik feri pulakkk!
Nak dekat pukul 9 jugak la sampai Jeti Syahbandar tu. Nasib baik sempat ambik tiket. Pakej yang kiteorg ambik tu da termasuk sekali tambang feri. Kelam kabut jugak la sebab orang kaunter tu suruh cepat masuk gate sebab feri gerak pukul 9.
Adoi.. buat marathon pagi pagi..haha. Padahal ada je lagi orang nak naik feri.

Nanti korang kena bayar tiket Taman Laut tau. RM5 sorang.. Kaunternya sebelah kaunter tiket feri. If korang drive, boleh parking dekat situ jugak. Masa masuk gate tu kena tunjuk tiket feri dan tiket Taman Laut tu. Untuk ke Pulau Redang ni, memang kena naik feri. Ada 2 timing je kalau tak salah, pukul 9 atau 10.30 pg. Tak sure la kalau ada speedboat kesana. Okay dapat seat dalam feri cuma kena bertabah la. Sebab ruang sempit dan orang ramai. Dengan bag lagi kan.

Kalau korang jenis yang mabuk laut dinasihatkan makan ubat mabuk tau. Haritu aku pon jadi sakit kepala duduk dalam feri tu. Perjalanan dalam satu jam setengah.. Penat oiii. Sabar aje la. Ramai yang bawak family ke Pulau Redang ni. Maybe sebab naik feri kot. Kalau masa ke Perhentian dulu, kena naik speedboat. Tido, bangun, tido, bangun still la tak sampai lagi..Hahaha

Lebih kurang pukul 11.40 pg, akhirnya sampai ke Pulau Redang.. Tapi bukan sampai ke jeti tau, kena naik bot perantara dan bot tu yang akan bawak ke jeti. Hahaha.. rasa macam apa jee.. Banyak nau kena tukar tukar transport. So kena tunggu semua orang keluar dari feri untuk naik bot tu. Then baru lah bot tu bergerak ke pantai. Panas weh atas bot tu. Nasib la tak jauh mana dan seronok tengok laut yang membiru. Masa dalam feri tu tingkap kecik sangat, so tak dapat nak tengok view.

Yey.... sampai ke pantai.. Jom carik chalet kita. Eh jap.. Ambik gambar dulu seround..hehe.. Chalet tu takde la jauh mana tapi tak tahu kedudukannya. Call la akak agent tu.. Pastu jumpa reception dia. Tapi belom bole check in bilik lagi. Masing masing penat dah ni.. Melepak la dekat gazebo. Dekat Redang Lagoon ni banyak pondok pondok. Hammock pon banyak. Bole bersantai santai.



Tak lama lepas tu dapat kunci bilik. Bilik dia besar weiii.. ada aircond lagi..haaa heavennn.. Bukak aircond dan baring jap. Sebab pukul 12.30 nak pegi lunch pulak. Kat sini lunch, breakfast dan dinner di provide. Termasuk harga pakej la. Makanan kat chalet tu not bad la. Banyak pilihan.
Masa lunch tu gabung sekali semua orang lain. So ramai yang baru balik dari snorkeling haritu. Jadi tak sabar nak pegi snorkeling.. Aktiviti snorkeling start pukul 2.30ptg tapi kena sewa google, alat snorkel dengan jaket keselamatan RM20. Sekali bayar tu je. Okay, lepas lunch balik bilik dulu, kena rehat. Petang nanti nak guna tenaga..hahahaha..

Jom pegi snorkeling! Kita pegi open sea. Dah pegi ambik jaket dengan alat snorkel pastu kena la berkumpul dan beratur. Satu tips masa nak pegi snorkel, takyah la nak bawak towel.. Kang basah. Sebab apa?? Sebab korang kena harung laut tu dulu sebelom sampai ke bot. Bot parking kat tengah sikit so bot tak tunggu dekat jeti. So kena la mengharung air..huhuhu.. So better bawak barang barang dalam dry bag. 





Entry ni panjang nau... to be continued.. okay??

Comments

Popular posts from this blog

Over The Sea - Singapore

Kuala Rompin_Misi mencari udang galah

Roadtrip Ke Utara 1