Panggilan Pulau Perhentian: Day III

Hari ketiga kat Pulau Perhentian dan hari terakhir kat sini..huhuhu.

Aktiviti harini adalah snorkeling. Hari semalamnya area Perhentian je. Hari yang ditunggu tunggu ke Pulau Rawa.. Best ke?? Best gilaaaa.. cantik pulak tu. Air laut lagi clear la. Walaupon agak jauh nak sampai. Kat sini dalam 4 checkpoint je rasanya.

First biasanya memang pegi area yang ada pantai. Tapi pantai kecik je la. So misi mencari nemo bermula. Tau kan rupa ikan nemo tu. Comel jee..heee. Kiteorg dah tak rajin nak pegi snorkeling jauh jauh. Penat nak pusing balik ke bot.


Clear water






Then, ke area snorkeling kedua. Geng aku memang da siap turun dah, then dieorg nampak coral cantik. Yang ala ala table tu. Namanya table coral. If tak salah la.  Air memang clear, bole nampak ikan kat bawah if duduk atas bot. Pulau Rawa ni terbahagi kepada Pulau Rawa Kecil dan Pulau Rawa Besar. Seronok la sangat sangat. Experience yang tak dapat dilupakan.








Area snorkeling yang seterusnya, semua orang turun tapi arus kat situ kuat gila. Penat nak patah balik ke bot. Boatman muda pulak dan perangai pon gila gila..hahaha. Kat situ, adaaaa... cuba tekaa.
Kiteorg jumpa Emma Maembong dengan Kamal Adli..haha, gosip artis sangat. Dieorg datang ramai ramai la dengan fanclub. Sebenarnya kiteorg dah jumpa time balik dari hiking Kincir Angin tu. Tapi tak sempat nak amik gambar.

Gamat??

Ikan pari

Yey! Nemo
Then, abis je snorkeling semua checkpoint, time untuk balik ke Kg Nelayan. Sedih sebab nak kena balik KL dah. Sampai sampai je kat hostel, kemaskan beg sebab abis snorkeling pon dah lambat. Siap siap and get ready nak check out. Oh sebelum tu, kiteorg dah bagi hard disk kat agent tu untuk dieorg copy semua gambar dalam camera underwater tu. Jangan lupa la ye, kang membazir je sewa camera tapi tak save gambar. Masa tengah tunggu bot nak balik, kiteorg tengok la ragam budak budak kat pulau tu, main terjun je ke laut dari jeti. 

Time nak balik tu, dalam bot tu just ada kiteorg je.. then singgah satu tempat nak amik orang. Pastu terus la bergerak balik ke Jeti Kuala Besut. Emmm, sedih pulak nak tinggalkan Pulau Perhentian. So menghayati pemandangan for the last time. Ombak memang agak kuat sampai satu tahap boatman tu berhentikan enjin bot. Lebih kurang satu jam perjalanan, mula la nampak pantai. 

Sampai sampai je kat jeti, cari kedai makan dulu. Then baru pegi cari souvenir. Kiteorg beli fridge magnet je. Tak lama lepastu, orang yang nak hantar kiteorg ke airport tu pon sampai. Dah sampai airport, check in and rehat sambil tunggu flight. Time nak mendarat tu ada la delay sikit. Dan tamatlah kisah travel ke Pulau Perhentian, Terengganu.

Pulang


-The end-



Comments

Popular posts from this blog

Over The Sea - Singapore

Kuala Rompin_Misi mencari udang galah

Roadtrip Ke Utara 1