Day 1 - Sambung berlari lari

Sambung lari..haha

Kiteorg balik ke hotel untuk berehat rehat. Penat dah berjalan? Eh kereta yg bawak..hehe. Then lebih kurang pukul 4 ptg, kiteorg keluar balik untuk sambung jalan jalan. Then plan nye untuk ke Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam. Jom! Jom!

Masjid Kristal


Orang memang ramai sangat. Dah la panas, sabar aje laa.. Semua part ada orang, sebab time aku datang tu macam ada festival or aktiviti la.. Tu yang penuh orang tuu. Then da abis round round dekat Masjid Kristal tu, kiteorg ke bahagian monumen- monumen. Jom round lagi. Kali ni masuk kena bayar. So dalam rm 21.20 seorang. Tu da ada charge gst tau. So korang akan dapat passport, baucar makanan dan baucar untuk souvenir shop. So ada banyak pilihan untuk round kawasan ni. Korang boleh pilih nak naik basikal ke, tram ke, buggy ke.. so terpulang. Kiteorg naik tram je, best.. Harga pon ok la rm5 seorang. Ni pon ada gst tau, so rm5.30 la.

by :web tti



Jom naik tram!

Sampai dah kat Taj Mahal.. tak yah nak pegi India..haha


Kincir air

Salah satu monumen.. tak ingat nama

Ok, dua kali tukar tram tu..hehe. Korang boleh berhenti nak jalan jalan dan boleh naik tram seterusnya. takde limit nak bape kali. Korang nak naik sampai esok pagi pon boleh..hahaha.. Then dah round taman tu, masa untuk balik. So kiteorg singgah dekat souvenir shop. Oh lupa nak bgtau, korang kena chop kat passport tu tau. Time masuk dan time keluar. Kononnya macam dah pergi luar negara la..hehe. Then beli fridge magnet dengan menggunakan baucar yg telah diberi time kat kaunter tuu, Hari pon dah petang, tetiba nak pegi Seberang Takir la. Nak tengok apa ada kat sana. Encik waze ni suruh main pusing pusing pulak, ada ke suruh lalu lorong kecik mane tah.. So tak nak amik risiko, pusing balik ke jalan besar.. Sebenarnya nak carik pantai.. tak jumpa jalan.

Lepastu, carik tempat makan. Jumpa satu restoran, order la dulu.. tapikan lambat no makanan tu nak sampai..Penat jugak la menunggu, tapi paham la orang pon ramai. Sabar aje laaa. Lpas makan makan, balik hotel, tak tahu nak merayap mane dah.

Bersambung..



Comments

Popular posts from this blog

Over The Sea - Singapore

Kuala Rompin_Misi mencari udang galah

Roadtrip Ke Utara 1