#TripGilaGila - Day II

Assalamualaikum..

Meh nak sambung cerita Trip Gila Gila ni. Bukan senang nak mengeluarkan idea ni..haha..
Ok hari terakhir.. Pagi tu merayau rayau dekat UUM. Jom tengok apa yang ada. UUM ni cantik tauu luas pulak tuu. Untung la sape yang study kat situ. Kolej kediaman pon banyak. Fasiliti pon lengkap. Siap ada padang golf bagai. Kau hado?? haha

Jom round!




Haiiii
Minggu sebelom tu ada majlis konvokesyen kat UUM. So hiasan untuk konvo tu still ada kat situ. Tapi panas terik weiii. Nak bergambar pon ala kadar jee..Aku kagum betol dengan kawasan universiti ni. Hijau jee.. ala ala macam kat UITM Segamat dulu..hahaha.. Bas perantara pon berlambakk, pilih je mana nak pegi. Then, pegi makan dekat cafe kolej. Harga pon murahhh. Oh haa, kat UUM ni siap ada mall dia sendiri lahhh.. Korang rasa?




Dah lunch semua, pastu nak bergerak ke Alor Star. Tiket balik KL pukul 4.50pm. Then decide nak singgah kejap dekat Muzium Padi. Jom tengok apa yang ada.. Ada satu bahagian yang korang boleh naik keatas dan dapat tengok view ni. Ada kena bayar tiket masuk tapi aku tak ingat harga berapa yang pasti bawah RM 5. Kiteorg sempat buat lawatan dalam 15 minit jee..haha. Lari lari sebab nak kejar masa untuk naik tren balik.

View from Gunung Keriang



Rumah tepi sawah
After that, Aini hantar aku ke stesen keretapi. Nak balik dahhh.. huhu. Tak lama lepas tu, gate pon dah dibuka dan platform tren kena ke seberang. Tren pon sampai dan aku menghala ke KL semula.. Byeeee.. Aku sampai KL Sentral dalam 10.30pm. Nasib esoknya cuti lagi. Alhamdullillah.. Tamat trip ni.



Tamat....

Comments

Popular posts from this blog

Over The Sea - Singapore

Kuala Rompin_Misi mencari udang galah

Roadtrip Ke Utara 1