#TripGilaGila - Day I


Kenapa #TripGilaGila?

Sebab..... Aku pegi sorang sorang naik ETS ke Kedahhh... Pastu semalaman je kat sana.
Jauh aku berjalannn...hahaha. First time nak naik ETS.
Plan nak naik ETS tu lama dahh cuma tak tahu nak ke mana. Bukan ada sape kat utara tuu..
Tapiii kawan aku ada kat UUM sana.. yey..
Jom booking tiket.. Dapat tiket baru boleh berangan...hehe

Okay.. Jom start. Tiket ETS yang aku book pagi tau. Gigih laa bangun pagi sebab tiket pukul 06.46am. Call teksi dan sampai dekat KL Sentral dalam pukul 06.15am.
Bekalan makanan memang ada bawakk tapi exsaited nauuuu sampai tak makan pon..haha.
Walaupon tiket pagi, orang still la ramai dan koc aku penuh dengan rombongan Cik Kiah nak pegi Hatyai..hahaha.. Seat aku tepi tingkap.. Korang boleh pilih seat masa booking tiket tu.

Tren ETS ni kira moden laa kalo nak dibandingkan dengan tren KTM yang aku pernah naik dulu.
Tren tu ada jugak la stop dekat stesen besar. Ada screen tv kat dalam tren, so boleh tengok kat mana dia stop. Seronok bila tren dah sampai area Perak sebab sawah padi menghijau jeee..

Dan jadi macam orang jakun kejap bila tren lalu dekat tasik. Cuma tak sure apa nama tasik tu. Ihsan Mr Google adalah Tasik Bukit Merah. Perjalanan mengambil masa 6 jam jugak la sebab aku turun Alor Star. 

Mata memang la mengantok jugakk tapi tak rasa nak tido. Suka tengok pemandangan luar. Dah sampai area sawah padi, try ambik gambar tapi tren laju, gambar tak berapa cantik. Maklumlah pakai camera phone jee.. Aku memang tak merayap dalam tren sebab malas nk bawak beg kesana sini. Seat back and relax. Ada kawasan sawah padi pastu ada burung burung... Cantikkk!

So berjanji dengan kawan, dia akan pickup kat stesen. Nasib baik dia cuti. Sampai area Gurun tu memang dah nak dekat dengan Alor Star. Lebih kurang dalam pukul 12.30pm, aku sampai di Stesen KTM Alor Star. Alhamdullillah



Area Taiping
Hijauuuu



Tasik Bukit Merah



Gurun


Langit cerahh
Tapi ada satu kejadian, kawan aku salah stesen. Dia tunggu dekat stesen Anak Bukit. Takpela, jadi pengalaman.. Baru besttt.  Akhirnya jumpa jugak dengan kawan aku tuuu, lama tak jumpa. Ni macam sesi melawat dia kat Kedah.



Wei, entry ni panjang nauuu..haha Bertabah la yee.. Okay sambung. Dah jumpa, Aini bawak pegi makan dulu sebab tak makan lagi kan. So makan kfc dekat Alor Star Mall. Then carik sushi untuk makan petang. Lepastu plannya nak ke Padang Besar tapi berehat kejap dekat rumah Aini. Oh lupa nak cerita, Alor Star dengan Sintok jauh jugak, dalam 1 jam perjalanan. Tapi view sepanjang jalan adalah the besttttt! Kiri kanan sawah padi. So pada siapa yang suka nature, should love the view.

Dah relax kejap pastu jom kita round pegi Padang Besar aka sempadan Thailand. Ada apa kat sana?
Adaaaaa makanan, baju bajan, kerongsang, pin tudung, banyak lagi la. Pilih je mana yang nak. Sediakan duitnya sahaja.

Kacang kacang

Beg beg

Motor motor.. bukan untuk dijual

Pastu aku borong laa..haha. Tapi akibat kekangan kewangan, aku beli mana yang patut je laa..hehe.
Haritu, aku beli greentea teh ais yang popular tuu..Sedapp. Then beli pulut mangga untuk bawak balik. Cuaca memang panas kat sana. Pastu,balik la semula ke rumah untuk berehat.

Plan malam tu nak pegi tengok wayang kat Jitra. Tapi aku tak ingat movie apa yang aku tengok..haha
Memory aku ni teruk nauu.. Balik dari tengok wayang, penat dahh.. Balik rumah and tido.
Tak sabar tunggu esok nyaa!!


To be continued....


#18Nov16-19Nov16

Comments

  1. aku tau kau tengok cerita yg kereta jadi sotong sotong jadi kereta tu kan hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..aku da ingt wei,.. tgk cite fantastic beast

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Over The Sea - Singapore

Kuala Rompin_Misi mencari udang galah

Roadtrip Ke Utara 1