Posts

Showing posts from July, 2017

#VitaminSea2017 : Pulau Redang - Day 3

Image
Hmmmm... hari last dah! Nak cerita apa ye?? Sebab hari last ni takde buat aktiviti dah pon. Tinggal nak balik KL je.. Biasa la pagi pagi pegi breakfast dulu kat main hall dia.. Lepas tu, merayau nak carik souvenirs nak bawak balik. Aku nak carik fridge magnet. Sambil tu posing la kat mana yang patut..hehe... Fridge magnet dapat dah. Gambar pon dah banyak, so balik bilik nak berkemas. Pulau Redang ni sebenarnya family friendly. Sebab tempat dia aman damai jee... Cuma perjalanan tu yang agak lama nak sampai.. Kalo nak dicompare dengan Pulau Perhentian, sini memang ramai yang bawak family. Dalam pukul 10.30 pg, kiteorg dah check out bilik. Feri balik ke Jeti Syahbandar pukul 11pg. Korang memang akan dapat tiket pegi dan balik masa beli dekat kaunter. Nak dekat pukul 11pg, bot pengangkut sampai nak ambik orang. Masa nak balik ni takde la rasa lama sangat. Ke sebab dah nak balik dah.. Hee lupa pulak nak cerita, lepas turun dari feri kiteorg ke Pasar Payang. Nak buat apa??