#VitaminSea2017 : Pulau Redang - Day 2

* Indah sungguh panorama
  Ula la tropikaaaaa

Pagi kedua di Pulau Redang! Pagi tu hujan pulak.. sejuk gila... Breakfast dulu sebelum aktiviti snorkeling untuk hari tu. Lupa wei apa menu pagi, nasi goreng kottt dan roti bakar.. haha.. lepas breakfast, kiteorg pegi ambik camera kat kedai yang sama. Pastu merayau jap sebelom get ready nak pegi snorkeling.

Google dengan alat snorkel tu korang boleh simpan sendiri tau, so takde la nk guna yang lain. Jaket boleh letak kat luar. Dekat luar chalet, paip air ada disediakan, macam nak basuh kaki lepas balik snorkeling kan. Penginapan bagi aku terbaik!

Pagi ni nak pegi snorkeling dekat Taman Laut. Still la kena harung air jugak, then menuju ke Taman Laut.. Jommmm...



Dalam 10.15 pg rasanya sampai Taman Laut. Tapi tak boleh nak merayau area jauh sebab dah ikut group. So ada area yang tak boleh nak pergi. Satu jam jugak la kat area tu. Takde nak ke tempat lain la. Orang memang ramai. Kat sini banyak ikannn... best, baru seronok nak snorkeling. So takde la kecewa sangat macam semalamnya. Kira ok laaaa walaupon ramai orang..












Then time nak balik tu, boatman suh kiteorg duduk kat deck bot. Kira depan bot la.. Seronok, at least bole tengok pemandangan.. Habis sesi pagi, balik ke chalet untuk lunch. Then berehat sekejap sebab ada snorkeling lagi ptg tu. Last snorkeling la, esok dah nak balik KL dah.

Berkumpul untuk pegi snorkeling dalam pukul 2pm. Petang ni pegi open sea lagi cuma area yang lain. Kalau tak salah nama tempat tu Teluk Mak Dollah.







Not bad jugak la kat sini cuma panas beno..heee..Snorkeling dalam satu jam jugak la. Then pastu balik ke chalet semula.. Kat sini pakej dia takde include turtle point ataupon shark point.. Kena carik orang yang handle trip tu. Kira asing la dengan pakej.. Kiteorg dapat tau pon masa dah nak balik KL. Sempat tanya orang yang buat trip tu. Dieorg akan bawak kat turtle point.

Balik dari Teluk Mak Dollah tu, tea time pulak. Macam biasa la ada keropok lekor dengan cucur. Aktiviti petang free and easy sampai la ke malamnya.

Petang tu berposing lompat lompat la..






Malamnya merayau tengok kawasan belah lain pulak.. Ingatkan resort yang hanis zalikha duduk tu area pantai ni, rupanya tidak sekali..huhu.. Patut lain beno tempatnya..hehe. Kiteorg amik gambar dekat LOVE..



So posing sudah, lompat pon sudah, penat pon ye.. Balik la ke bilik memasing.. Esok hari terakhir kat Pulau Redang..


                To be continued..














Comments

Popular posts from this blog

Over The Sea - Singapore

Kuala Rompin_Misi mencari udang galah

Roadtrip Ke Utara 1