Ke Cameron Ke Kita - Day 1

Salam semua.
Bersawang dah blog aku ni ha.. Adoi, banyak masa duk kat ofis je.
Trip ni pon dah lama. Tahun lepas kot.Susah pulak nak mengingat mana pegi dulu ni.haha

First day, bertolak dalam pukol 9 dari Gombak. So kiteorg decide ikut Simpang Pulai, Perak sebab jalan dia ok sikit berbanding Tapah yang bengkang bengkok tu. Tapi jalan ni pon lebih kurang sama je. Bergaung gaung lagi. Serammm. Dalam pukul 11.30pg, sampai area RNR. Lupa la nama tempat tu. Lost memory dah ni..hahaha. Kiteorg sampai dekat BOH Tea Centre dalam pukul 12.30. Sejuk angin kat situ. Masing masing dah exsaited. Seronok wehhh!!

Macam la tak pernah pegi kan..haha. Trip kali ni dengan kawan kawan so terlebih seronok pulak.. Lepas berposing kat ladang teh tu, kiteorg pegi ke Lavender Farm. Kat sini kena bayar RM8 seorang. Tempat ni best, ada banyakkkkk bunga pastu ada strawberry! Cameron Highland kan famous dengan strawberry. Besar besar buah strawberry. Kiteorg tak melepaskan peluang petik sendiri strawberry. Apa ke ayat baku sangat ni..haha. Jangan petik masuk mulut sudah. Pastu bayar la, takkan free kot. 

Persekitaran Lavender Farm ni memang best. Sesape yang memang pandai amik gambar, confirm gambar cantik. Dalam satu jam jugak la merayau. Then, misi mencari kedai makan. Lapar wei. Nasib la da breakfast pagi tu. Kiteorg makan nasi ayam je. Jumpa satu kedai kat tepi jalan. Time tu nak dekat pukul 3 kot, kiteorg gerak nak pegi check in hotel. Kiteorg book Hotel Chorpthone. Tapiii, tak boleh nk check in lagi sebab bilik tak ready. Hmmm, dah la penat. So tunggu je la kat situ. Lobi hotel luas. Oh, deposit bilik tu RM100 untuk satu bilik. Mahaii. Takpela nanti return balik time check out. Setakat ni, deposit hotel ni la yang paling mahal. Biasanya dalam RM50 je. 

Dalam pukul 4, akhirnya bilik dah ready. Tak sabar nak guling guling atas katil..haha. Rehat rehat dulu, sebab lepas tu nak pegi Pasar Malam kat Brinchang. 

Ondaway nak ke pasar tu, hujan lebat pulakkk. Meredah hujan bagai sebab nak beli makanan. Yang popular kat sini brokoli celup tepung, kimcam, ubi keledek, strawberry celop chocolate, banyak la lagi makanan. Kiteorg pegi borong semua..hahaha. Brokoli tu memang sedap gila la. Tak rugi la korang cuba. Memang recommended untuk dibeli dan dimakan. Balik hotel pastu makan makan dan makan! Okay nanti sambung lagi. Meh usha gambar gambar....



Ladang Teh

Minum teh dulu


Lavenderr




Makan malam

To be continued....

Comments

Popular posts from this blog

Over The Sea - Singapore

Kuala Rompin_Misi mencari udang galah

Roadtrip Ke Utara 1